Monday, July 4, 2011

Kau pergi menemui NYA :'(

Sayu rasa hatiku apabila mendengar nasyid yang bertajuk sahabat sejati yang didendang kan oleh kumpulan hijjaz . Kenangan silam menjengah kembali . " ISTEE ",  seindah namanya begitu juga sifat dan perwatakannya. Itu jugalah nama yang sering ku sebut tatkala aku bersama nya :'(

Kau telah pergi meningalkan ku tanpa sebarang pelukan . Aku tidak merelakan pemergiannya . Hanya tinggal kenangan yang masih segar dalam ingatan ku ......

Nama dia ISTIMEWA . Aku panggil dia ISTEE . Itulah pemberian Allah yang cukup sempurna pada  ku . Walaupun dia dilahirkan berjari enam atau cacat . Aku sangat merindui nyaaaaa ....

Mesti lepas ni aku rindu cara kau makan . Kalau kau makan , mesti pinggan yang kau guna tuk makan tu bergerak - gerak . Jauhhh pinggan tu bergerak . 
Aku rindu saat tu :'<

Lepas ni aku nak marah sape lagi yang main lari - lari dalam bilik sampai pijak muka aku . Aku tak dapat tengok Mickey happy bergurau dengan kau . 
Aku rindu kau sangat .

Patutlah siang tadi kau lain sangat . Lepas balik sekolah , aku ambik kau kat luar . Terus bawak masuk dalam bilik . Aku baring dengan kau . Kau manja dengan aku , kau tak jarang macam tu . Selalu kau pijak muka aku , kau pijak kaki aku , kau pijak perut aku , kau gigit aku . Sakit tahu tak ? 

Sampai Mickey ajak kau bergurau pun kau tak layan . Mickey  gigit kepala kau , kau buat tak tahu je . Kau tutup mata . Kau buat aku gelak masa tu . Kau manja dengan aku sampai aku tertidur ........

Azan Asar berkumandang . Aku terus bangun , aku cari kau . Kau tak de dalam bilik . Maybe kau tak luar tengah bermain . Aku biarkan .

Pukul 6 petang , aku ambik Mickey bawak masuk bilik . Aku nak ambik kau sekali , tapi aku nampak kau tengah kabus tanah lepas kau melepas . Okey , kau tengah kotor . Duduk luar dulu tau :')

Lepas makan , ayah balik . Dia tak perasaan Istee ada bawah kereta . Memang dah ajal kau .  Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri kau mengerang kesakitan  bawah tayar . Aku jerit , aku phobia . Dah lah baru - baru ni Comot mati kena langgar jugak :'<

Aku tak sanggup tengok kau lenyek bawah tayar . Sampai sekarang aku ingat lagi :'<

Aku tengok bangkai kau . Air mata kau keluar . Aku sedih sangat :'<

Aku rindu kauuu Istee :'<


Kejutkan aku . Cakaplah ini hanyalah satu mimpi ngeri .

2 comments:

  1. ='( i really miss my cokee so badly . im cryin now after read this

    ReplyDelete